Sunday, June 5

Berita Baik.....Harga Minyak Turun




Harap maaf.....harga minyak kenderaan (petrol) memang sudah diturunkan. Tapi bukan untuk negara Tanah Tumpahnya Darahku. Kepada sesiapa yang mengikuti perkembangan harga petrol di Malaysia. Pasti mengetahui harga RON97 akan dinilai setiap bulan. Untuk bulan Jun 2011 tiada kenaikan harga, tiada juga diumumkan penurunan harga. Ini kemungkinan harga daripada pengumuman kenaikan tarif elekterik dan gas asli baru² ini.

Harga petrol yang diumumkan sudah diturunkan itu boleh kita semak pada laman ini ;
Syabas Indonesia......Tapi nanti dulu, DS Najib PM Malaysia masih lagi betul. Jika nak dibandingkan harga tersebut dengan harga yang ada di Malaysia masih lagi berbahagia la rakyat Malaysia. RON95 di Indonesia - Rp. 9200 bersamaan RM3.24 sen, manakala harga RON95 di Malaysia - RM1.90 bersamaan Rp. 5380. wah masih murah rupanya harga RON95 di Malaysia.

Namun begitu, nada kerajaan sekarang seolah-olah sudsidi kepada rakyat yang memilih mereka sebagai pemerintah sangat membebankan negara. Subsidi perlu diminimakan untuk memastikan negara mampu survive dalam kemelesetan ekonomi global. Itulah yang disepakati oleh barisan kabinet 1Malaysia. Apa yang rakyat tidak faham, ekonomi negara dikatakan berkembang dan kukuh, contohnya pada suku ke-4 tahun 2010 pertumbuhan KDNK mencatat sebanyak 7.4 %. Apa yang mungkin rakyat mahukan ialah, kerajaan mencari jalan untuk tidak membebankan rakyat secara langsung dengan kenaikan harga barang yang akhirnya mengakibatkan ianya sukar dikawal oleh kerajaan. Rakyat yang merasa beban dengan kehidupan seharian.

Saturday, June 4

Just Nice......Moderate approach

** Mood tengah gila posting blog


Sedang elok sahaja, selak² blog.............cari² apa yang patut. Baru ketemu dengan posting yang sudah hampir sebulan umurnya di maya. Pendekatan yang cukup sederhana. Sedang elok.... Apabila diperhati (dengan hati) buah fikiran seperti inilah yang perlu ada pada diri. Tidak perlu ulasan. Cubalah jamah sendiri



Kematian Osama bin Laden: Respon Saya

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.

Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Friday, June 3

Aurat : Lelaki



Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak antara pusat dan lututnya.

Hukum ini dipersetujui oleh jumhur ulamak berdasarkan kepada beberapa buah Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.

Amru bin Shuib pula meriwayatkan daripada bapanya daripada datuknya bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersamda maksudnya:
Apabila salah seorang di antara kamu mengahwinkan hamba wanitanya dengan hamba lelakinya ataupun orang upahannya maka dia (iaitu hamba wanitanya) dilarang sama sekali melihat auratnya kerana apa sahaja (bahagian anggota) yang terletak di bawah pusatnya hingga kepada dua lututnya adalah auratnya.

Selanjutnya Rasulullah s.a.w juga melarang melihat aurat itu sebagaimana sabda baginda bermaksud:
Seorang lelaki dilarang melihat aurat lelaki lain dan juga seorang wanita dilarang melihat aurat seorang wanita lain.

Hanya Imam Malik yang bercanggah pendapat dengan mengatakan bahawa paha bukanlah aurat. Bagaimanapun, terdapat beberapa dalil yang mengukuhkan pendapat jumhur ulamak di antaranya:
Sebuah Hadis riwayat Jurhud al-Aslami, beliau berkata bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w telah duduk bersama-sama kami, pada saat itu paha saya terdedah, lalu baginda bertanya saya: Apakah tidak kamu tahu bahawa paha itu aurat?

Diriwayatkan juga bahawa baginda s.a.w telah bersabda kepada Ali r.a :
Janganlah kamu dedahkan paha kamu dan jangan pula kamu melihat paha orang lain sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati.

Thursday, June 2

Dari mana datangnya 6,666


Entah kenapa tiba-tiba terfikir hendak menulis tentang angka 6,666 tersebut. Dari mana datangnya pendapat mengatakan ayat al-quran itu berjumlah 6,666. Untuk mudah ingat dan sebut kot. Tapi ayat al-quran boleh ke ditokok tambah di kurangkan jumlahnya.

Mungkin ambil terima sahaja apa yang diperkatakan oleh orang terdahulu....maka kita pun ikut. Sedangkan sekiranya ingin mengetahui....tidaklah sukar untuk kita maklumi jumlah sebenar ayat al-quran tersebut. Ambil sahaja jumlah ayat bagi setiap surah yang terkandung dalam al-quran. Maka dapatlah jumlah besarnya nanti...