Thursday, October 13

Amalan untuk mengingati hafazan



Diriwayatkan oleh At-Tarmizi dengan sanadnya daripada Ibn Abbas :
bahawa Sayyidina Ali telah datang mengadu kepada rasulullah s.a.w. bahawa beliau begitu mudah lupa ayat-ayat Al-Quran yang dihafalnya. Mendengarkan aduan itu, Baginda s.a.w. menyuruh beliau agar bangun pada 2/3 malam daripada malam yang terakhir iaitu malam Jumaat. Sekiranya tidak mampu, bangunlah pada pertengahan malam ataupun pada permulaan malam.

Baginda s.a.w. menyuruh Sayyidina Ali r.a. agar melakukan Solat 4 rakaat.
Rakaat pertama : Surah Al-Fatihah & Surah Yasin
Rakaat kedua : Surah Al-Fatihah & Surah Dukhan
Rakaat ketiga : Surah Al-Fatihah & Surah Sajdah
Rakaat keempat : Surah Al-Fatihah & Surah Al-Mulk

Setelah sempurna solat, hendaklah memuji-muji Allah dengan sebaik2 pujian, berselawat ke Nabi Muhammad s.a.w., berselawat keatas semua Nabi dan pohonkan keampunan kaum mukminin dan mukminat, juga saudara Islam yang telah pergi dengan iman. Kemudian Baginda s.a.w. menyuruh Sayyidina Ali r.a. membaca doa berikut :

اللهم ارحمني بترك المعماصى أبدا ما أبقيتنى , وارحمنى أن أتكلف مالا يعيننى , 
وارزقنى حسن النظر فيما يرضيك عنى.
اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام , والعزة التى لا ترام ,
أسألك يا الله يا رحمان بجلالك ونور وجهك ,
أن تلزم قلبى حفظ كتابك كما علمتنى ,
وارزقنى أن أتلوه على النحو الذى يرضيك عني ,
 اللهم بديع السماوات والأرض ذا الجلال والإكرام ,
والعزة التى لا ترام , أسألك يا الله يا رحمان , أن تنور بكتابك بصرى ,
وأن تطلق به لسانى , وأن تفرج به عن قلبى , وأن تشرح به صدرى ,
وأن تستعمل به بدنى , فإنه لا يعيننى على الحق غيرك ,
ولا يؤتينيه إلا أنت
ولا حول ولا قوة إلا بالله العلى العظيم  
Maksudnya :

“ Wahai Allah, rahmatilah aku sehingga aku dapat meninggalkan segala maksiat selama mana engkau telah menghidupkan aku, rahmatilah aku sehingga aku tidak menanggung apa-apa beban yang tidak member manfaat padaku, kurniakanlah aku pandangan yang baik yang menyebabkan engkau redha padaku. Wahai Allah, Tuhan yang memiliki keindahan langit & bumi, yang mempunyai kehebatan, kebesaran, dan kemuliaan yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapapun, aku memohon padaMu wahai Allah, wahai tuhan yang maha pemurah dengan kehebatanMu dan cahaya wajahMu, supaya engkau menetapkan hatiku untuk menghafaz kitabMu sebagaimana engkau telah mengajarkannya padaku, anugerahkanlah kepadaku supaya membacanya dengan cara yang menyebabkab engkau padaku.”

“ Wahai Allah, Tuhan yang memiliki keindahan langit & bumi, yang mempunyai kehebatan, kebesaran, dan kemuliaan yang tidak mungkin dicapai oleh sesiapapun, aku memohon padaMu wahai Allah, yang Maha Pemurah, agar engkau cahayakan penglihatanku dengan Al-Quran, agar engkau menggerakkan lidahku dengan Al-Quran, agar engkau hilangkan kekusutan hatiku  dengan Al-Quran, agar engkau melapangkan dadaku dengan Al-Quran, agar engkau menggerakkan tubuhku dengan Al-Quran, kerana sesungguhnya tiada siapa yang menunjukkan kebenaran selain daripadaMu, & tiada siapa yang anugerahkannya selain engkau wahai Allah. Tidak ada tempat berlindung juga kekuatan kecuali pada Allah yang maha Tinggi lagi maha Agung.”
  • Maksud dengan Al-Quran ialah dengan keberkatan Al-Quran. Menggerakkan tubuh dengan berkat Al-Quran iaitu beribadah mengikut acuan Al-Quran.

Rasulullah s.a.w. menyuruh sayyidina Ali r.a. agar melakukan solat ini selama 3,5,@ 7 malam Jumaat. Setelah sayyidina Ali r.a. melakukannya selama 7 Jumaat, beliau datang menemui Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa pada masa lalu beliau cuba menghafal lebih kurang 4 ayat, tetapi gagal untuk mengingatinya semula. Tetapi selepas itu, beliau menghafal lebih kurang 40 ayat, apabila beliau cuba mengingatinya, beliau merasakan seolah2 kitabullah berada dihadapan matanya. Apabila beliau membacanya, tiada satu huruf pun yang tertinggal.

Solat Hifzi sekiranya tidak mampu bangun dipertengahan @ 2/3, malam, bolehlah di buat pada permulaan malam iaitu selepas Isyak (malam jumaat).

No comments:

Post a Comment