Monday, September 2

Teruskan Naik

Benarkah perkhabaran bahwa harga petrol RON95 akan naik RM0.20 sen seliter bermula tengah malam 3 September 2013.

Begitulah khabar angin yang bertiup kencang, menurut sumber yang boleh dipercayai. Takde apa pun yang nak dirisaukan, harga RON95 cuma dinaikkan drpd RM1.90 seliter kepada RM2.10 seliter SAHAJA......bukan kehabisan minyak pun......stok minyak masih banyak.......kata sesetengah mereka....

Wednesday, August 21

Faqir



Terus buntu aku kaku
Minda beku tiada tuju
Bias waktu begitu cemburu
Aku lesu terdiam kelu

Begitu berlalu banyak terjadi
Buat tersenyum tawa bahgia
Terusik naluri aku kesali
Menaruh kuasa menggadai jiwa

Faqir aku
Tiada berdaya walau usaha
Menadah tangan kurang upaya
Berlinang jernih dihujung mata
Petanda kerdil raga hamba

Faqir aku
Mohon pada yang Kuasa
Mohon aman sesama manusia
Segajat sejahtera tiada sengketa
Syiar tertegak di atas dunia

Usah biarkan daku
Tetap Faqir

Saturday, June 1

Kongsi

 

Hidupnya manusia bukan sendiri 
Berpadu ahli sahabat bestari 
Usah risau untuk berkongi 
Tiada luak dikikir budi 

Mulakan dari sebutan huruf 
Mengeja jadi satu kalimah 
Tingkah bukan semata 'uruf 
Bukti 'abdi untuk berserah 

Apa jua dikau usaha 
Hasil akhir tetapkan sama 
Kalaupun tampak ia berbeda 
Semua pasti menjadi hamba 

Siaga langkahmu wahai budiman
Kita beriring tetap haluan
Segala usaha kita aturkan
Kembali kita kepada tuhan 

 "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan 
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku" 
(Adz –Dzariyat: 56)

012820130601