Monday, July 19

Sakit & Masih Hidup

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, yang mana antaranya sihat sebelum sakit. Bila sakit inilah masanya kita gunakan cuba taqarrub pada-Nya. Apabila sihat selalunya kita alpa.

Pada kemeriahan melayan kerenah pewaris bangsa....demi merasakan kebersamaan, nasib tidak menyebelahi. Namun masih mampu tersenyum dan cuba meriyakkan kegagahan. Belum pernah tersangka begitu rupa rasa parah pabila nikmat berjalan disentap. Mujur masih mampu bertapak. Cuma laksana enggan berpijak di bumi nyata.

Walauapapun, aku puas berbakti. Buat anak bangsa sendiri. Bukan untuk dihormati dihargai. Cukup sekadar mereka ketemu jati diri. Buat diri sendiri itu adalah motivasi diri. Menjadi semarak hidup selepas mati. Jadikanlah sakit sekadar penyeri hidup. Jauhkan sakit yang membelenggu hidup. Hadirlah kesihatan sediakala kerana masih hidup.

Thursday, July 15

Subsidi bahan api dan gula dikurangkan


Akhirnya pihak kerajaan Malaysia dibawah pemerihan DS Najib Razak dengan berat hati telah bersetuju dan mengambil keputusan untuk mengurangkan subsidi bagi beberapa bahan di Malaysia. Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia semuanya tanpa mengira bangsa dan usia dapat berusaha dengan lebih gigih untuk berdikari tanpa perlu mengharapkan bantuan dari kerajaan yang berbentuk subsidi ini.

Berikut adalah senarai bahan api dan gula yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Syabas kepada PM Malaysia DS Najib Razak kerana sedang berusaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa subsidi bukanlah untuk selamanya. Negara bakal muflis oleh kerana subsidi. RM 7.8 billion disalurkan untuk tahun ini. Apabila pengurangkan subsidi ini kerajaan DS Najib Razak dapat berjimat sebanyak RM750 juta.

Tuesday, July 13

Oh..Sya'aban datang lagi...

Setelah setahun ruang ini di'sepi'kan....entah mengapa, tiba-tiba punya rasa ingin mengisi kekosongan ruang ini. Sepanjang masa setahun menyepi itu banyak sudah yg dilalui, terutama perubahan-perubahan dalam rutin sehari-hari. Apa yang sangat diharapkan masa muka nanti yang bakal dihadapi akan menjadi lebih baik dan terus baik. Amin Ya Rabb.....

Banyak perkara yang telah berlaku, mungkin banyak juga ruang yang diperlukan untuk dipaparkan diruangan ini. Banyak juga masa yang akan diperuntukkan. Sekiranya perkara sepanjang setahun untuk dinyatakan dalam satu masa ianya akan menjadi beban yang tersangat. Begitulah dengan perihal yang lainnya di dunia. Jika hendak laksana sesuatu pekerjaan yang banyak ( tertangguh ) dalam satu-satu masa, ianya akan menjadi beban yang berat. Oleh itu, aku biarkan perkara setahun itu hanya berlegar di memori. Tidak semua perlu diingati. Tidak semua perlu dikongsi.

Semoga ada ruang yang lebih untuk dipaparkan diruangan ini nanti di kemudian hari. Apapun yang akan dipapar kelak moga-moga jadi Sesuatu yang berguna buat diri, buat hati. Hidup untuk terus mencari.