Sunday, August 14

Precious Smile Has Gone

Sempena hari lahir Adib Idham - 15 
(14 Ogos 2011)


Senyuman berharga yang sudah tiada
Tingkah bersahaja mengusik jiwa
Tutur kata penuh jenaka
Ramai disapa tidak kira siapa


Ceria tawa mengusik memori
Pergi kini tiada kembali
Kehilangan yang tiada berganti
Harap bertemu sekali lagi


Sebagai tanda ingatan terus berharap tidak kan pudar
Tenang dan damai hendaknya
Doa sebagai ikatan sebuah ukhwah

Al-Fatihah


Thursday, August 11

Panduan 5 'S'



Hari ini terdengar keramat tentang beberapa perkataan yang bermula dengan aksara 'S'. Mungkin boleh dijadikan panduan dalm kehidupan seharian.

Senyum
mulakan apa jua mualamat kita sesama insan dengan senyuman

Salam 
teruskan dengan memberi dan menjawab salam. (Bersalaman) jika mampu

Sapa
susuli salam tadi dengan sapaan ringkas

Sopan
segala pergerakkan tubuh 'body language' yang sesuai dengan keadaan

Santun
setiap butir pertuturan yang dilontarkan menepati kehendak dan sangat bersesuai

Perkara yang cuba kita rutinkan di dalam kehidupan seharian akan menjadi tabiat (kebiasaan). Biasanya ia akan kekal dan serasi dengan sikap sedemikian. Apabila kita merutinkan perkara yang positif, kita akan ditemukan dengan pelbagai lagi perkara positif. Namun apabila kita sering mencipta tabiat yang negatif, kita bakal ditemukan dengan pelbagai lagi perkara yang negatif (minta dijauhkan)


Wednesday, August 10

Fasa 2 Ramadhan


Tanpa disedari, waktu berjalan begitu pantas dan kita sekarang telah berada difasa ke-2 bulan Ramadhan iaitu fasa pengampunan (maghfirah).

Bagi mereka yang terlepas peluang untuk mengaut imbuhan pada fasa pertama (rahmat), maka bersegeralah bangkit semula untuk mengejar dan mengambil peluang dengan sebaik-baiknya pada fasa ke-2 ini.

Marilah kita memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami

Terjemahan perkataan :
اللَّهُمَّ  (Allahumma) – Ya Allah
إِنَّكَ  (innaka) – sesungguhnya engkau
عَفُوٌّ (‘afuuwun) – pemaaf
تُحِبُّ (tuhibbu) – menyukai
  العَفْوَ (al-’afwa) – kemaafaan
 فَاعْفُ (fa’fu) – maka maafkanlah
عَنَّا (‘annaa) – dari kami

Ayuhlah kaum muslimin dan muslimat sekalian, kita melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah swt.