Friday, August 20

Fasa Kedua Ramadhan

Kita semakin menghampiri fasa yang kedua dalam Madrasah Ramadhan. Kerahmatan Allah s.w.t mohon dianugerahkan kepada kita yang benar-benar dapat menghayati Ramadhan dengan sebenarnya. Segala kekuranga dalam tempoh 10 hari di awal Ramadhan yang mejanjikan Rahmat dari-Nya harap dapat ditampung dalam fasa seterusnya dalam Madrasah Ramadhan ini

Fasa seterusnya menjanjikan penghapusan dosa atau Maghfirah daripada Illahi. Semoga kita dapat diberi anugerah menjalani ibadah Ramadhan dengan sebenar-benar pengibadatan kepada-Nya lantas dianugerakan dengan Rahmat da pengampunan-Nya


Tuesday, August 10

Ramadhan Kareem.....Marhaban

Ketibaan Ramadhan sangat pasti. Sya'aban dan fadhilatnya telah pun berlalu. Menjadi harapan setiap muslim dapat meningkat amal dan ibadat sesempurna mungkin. Bukan sebanyak mungkin....apa yang lebih penting adalah sesempurna seperti pesanan Baginda s.a.w.

Medan Ramadhan kebelakangan di tanah air sudah menjadi suatu fiesta yang dinanti, bukan setakat Muslimin....bahkan buat non-Muslim sama. Ini kerana inilah waktu para muslimin membelanjakan kewangan mereka lebih daripada kebiasaan. Jadi singkaplah perintah sebenar dalam Ramadhan. ر م ض membawa maksud panas (kepanasan). Apa yang boleh difahami, ketika Ramadhan ini adalah masa untuk kita membakar dosa² yang dilakukan terdahulu. "Permulaan Ramadhan itu adalah Rahmat, pertengahannya adalah keampunan (Maghrifah) dan diakhirnya adalah kebebasan dari seksaan api neraka"

"Ya Allah, Jadikanlah ibadah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Ibadah malamku, ibadah orang yang mengerjakan ibadah, dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekelian alam, dan ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Pengampun segala dosa"

أمين يا ربّ العالمين