Friday, June 1

Penantian


Twitt tersebut tak sempat disemak ketika masanya. Setelah beberapa ketika baru menggamit perhatian. Maka pelbagai andaian berlegar diminda. Perancangan apa yang bakal dicorakkan oleh Menteri Kewangan Malaysia yang juga merupakan Perdana Menteri. Terlebih penting jika beliau patuh dengan pengumuman tersebut, serta yakin beliau masih diamanahkan sebagai susuk yang bertanggungjawab atas ekonomi negara makanya Pilihanraya Umum 13(PRU13) bakal diadakan pada Tahun 2013. Melengkapkan sepenggal. Ini kerana Belanjawan Negara perlu dibahas untuk diluluskan. Sepanjang tempoh perbahasan Parlimen tidak mungkin dapat dibubarkan. 

Oleh demikian, mungkinkah Belanjawan 2013 ini akan menjadi sebahagian bahan kempen PRU13? Kebajikan apakah yang akan disemai sepanjang tahun 2013? Apapun pembentangan yang akan dicadangkan oleh Menteri Kewangan kelak adalah diharapkan kebajikan penuh dapat dirasai seluruh rakyat Malaysia. Usah terdesak meraih populariti menjurus dikenang Menteri Kewangan yang terhebat sepanjang zaman. Terbayang pelbagai kemurahan kerajaan terhadap rakyat, BR1M akan diperluas, Imbuhan kepada kakitangan awam diperingkat, Pendidikan setiap peringkat diperkasa dan macam-macam seumpama. Menjadi satu tuntutan Belanjawan 2013 ini kelihatan dan benar-benar tampak memenangi dan mendampingi hati rakyat.

Namun begitu masih kedengaran bahawa PRU13 tetap akan diadakan sebelum tarikh pembentangan Belanjawan tersebut. Pengumuman di atas cuma mengalih perhatian daripada tumpuan penuh terhadap PRU13. Ramalan dan telahan PRU13 akan diadakan pada Jun 2012 tidak menjadi kenyataan. Walaupun DS Perdana Menteri ada menyatakan mahu membubarkan Parlimen dan bertemu DYMM Yang Dipertuan Agong pada perhimpunan sambutan parti Melayu ke-66. Pengumuman belanjawan negara in sekali lagi membuatkan analisa senario politik negara semakin sukar diramal. Masa depan rakyat dan negara perlu diberi perhatian penuh. 

Bagaimana jua bentuk belanjawan yang bakal dicadangkan, perlu mendatangkan kentungan kepada rakyat dan negara. Bila pun jua PRU akan diadakan haruslah dijalankan secara telus dan adil. Jika pihak yang bertanggungjawab ingkar atau gagal dalam menjalankan amanah untuk memastikan PRU diadakan secara adil dan telus maka harus sahaja tampuk kepimpinan ditukar dengan cara rampasan kuasa ala tentera.