Tuesday, August 4

Bersama Sya'aban

Saidatina Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali para dan keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan tidak haus."

Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari akhirat kelak.

Bagi menjelaskan kelebihan dan fadhilat berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada sesetengah pihak membuat perumpamaan seperti pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.

Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Ketiga-tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan. Manakala bagi kebanyakan ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.

Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua. Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.

Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.

Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui." Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."

Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain. Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.

Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.

Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.


Sabda Baginda bermaksud:
"Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.

Walaupun amalan ini sukar memandangkan komitmen seharian kita sekarang, tetapi ganjaran yang menanti adalah berlipat berganda. Ibadat sunat pada bulan Syaaban ini juga adalah sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada bulan Ramadan kelak.

Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."

Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara dua bulan Rajab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Allah Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku tersangat suka sekiranya segala amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)

Selain daripada galakan serta kelebihan yang dinyatakan di dalam bulan Syaaban ini, bulan ini juga menyaksikan beberapa peristiwa penting di dalam calendar Islam seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah. Berlakunya peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."


Friday, July 10

Serba Canggih Lagi Mudah.........Kalau Mahu


Bersyukurla sebab zaman mutakhir ini segala perkara ingin dipermudahkan.
Tapi Bukan ambil mudah.

Termasuklah dalam urusan ibadah hendaknya.

Moga berpanjanganlah jariah hamba Allah yang memanfaatkan ilmu, daya dan usaha segala dengan kejayaan seperti ini

Sila click pada mushaf

Sunday, May 31

Muktamar PAS ke - 55

Calon - Calon Bagi Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2009/2011

PENGERUSI TETAP
Ustaz Haji Abu Kasim Bin Abdullah

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Haji Hussin Bin Haji Ismail :: Haji Ishak Bin Surin ::
Hj.Tengku Puji Bin Tengku Abd Hamid ::

PRESIDEN
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Hj Awang

TIMBALAN PRESIDEN
YB Dato’ Haji Husam Musa :: Haji Mohamad Sabu ::
YB Ustaz Haji Nasharudin Mat Isa ::

NAIB PRESIDEN
YB Dato' Haji Mahfuz Omar :: YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
:: YB Dato' Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah :: YB Salahuddin Ayub ::
Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man ::


AHLI JAWATANKUASA KERJA
Ustaz Haji Ab Ghani Abdul Rahman :: Ustaz Haji Abdul Ghani Samsudin ::
YB Dato’ Ustaz Haji Abdul Halim Abdul Rahman ::
YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut :: Dato’ Ustaz Haji Abu Bakar Chik ::
Ahmad Sabki Yusof :: YB Dato' Ahmad Rusli Ibrahim ::
Sdri Aiman Athirah al-Jundi :: YB Dato' Ir. Amiruddin Hamzah ::
YB Dato’ Haji Anuar Tan Abdullah :: Haji Asmuni Awi ::
Ustazah Hajjah Azizah Khatib Mat :: YB Dr. Dzulkefly Ahmad ::
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abd Razak :: Dr. Hamzah Jaaffar ::
Ustaz Azman Shapawi Abd Rani :: Hj. Hamzah Abdullah ::
YB Dr. Hjh. Halimah Ali :: Ust. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak ::
YB Dato' Dr Hj. Hasan Mohd Ali :: YB Ustaz Haji Hashim Jasin ::
Ustaz Haji Idris Haji Ahmad :: YB Ir. Iskandar Abdul Samad ::
YB Dato Kamarudin Jaffar :: YB Khalid Abd Samad ::
YB Drs. Khalil Idham Lim :: YB Dr. Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali ::
Dato’ Dr. Haji Mahfodz Mohamed :: Sdr. Mazlan Aliman ::
Hjh. Mariam Abdul Rashid :: Sdr. Misbahul Munir Masduki ::
YB Mohamad Taufek Abdul Ghani ::
YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin ::
Haji Mohamad Noor Mohamad :: Sdr. Mohamed Hanipa Maidin ::
Hj. Mohd Anuar Tahir :: YB Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah ::
YB Dr. Haji Mohd Hatta Md Ramli :: YB Dr. Mujahid Yusof Rawa ::
YB Mumtaz Md Nawi :: YB Ustaz Nik Mohd Amar Nik Abdullah ::
Ustaz Haji Nik Muhammad Zawawi Salleh :: YB Dato' Omar Mohamed ::
Dr. Osman Sabran :: YB Saari Sungib :: YB Dr. Shafie Abu Bakar ::
YB Dr. Hajjah Siti Mariah Mahmud :: Hj Zulkefly Mohamad Omar ::
YB Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi :: Hj. Mohd Apandi Mohamed ::
YB Ustaz Haji Taib Azamudden Md Taib :: YB Dato Takiyuddin Hassan ::
Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man :: Hjh Wan Hasrina Bt. Wan Hassan ::

PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan :: Musaniff Abd Rahman ::

Saturday, May 30

Budak Iraq * Genius Matematik

Artikel ni terbaca kat Yahoo. Macam menarik.....memang menarik.....dan rasanya memang banyak perkara yang menarik dalam selingkar kehidupan kita. So, teruslah mencari perkara yang mendekatkan kita pada DIA.

STOCKHOLM (AFP) – A 16-year-old Iraqi immigrant living in Sweden has cracked a maths puzzle that has stumped experts for more than 300 years, Swedish media reported on Thursday.

In just four months, Mohamed Altoumaimi has found a formula to explain and simplify the so-called Bernoulli numbers, a sequence of calculations named after the 17th century Swiss mathematician Jacob Bernoulli, the Dagens Nyheter daily said.

Altoumaimi, who came to Sweden six years ago, said teachers at his high school in Falun, central Sweden were not convinced about his work at first.

"When I first showed it to my teachers, none of them thought the formula I had written down really worked," Altoumaimi told the Falu Kuriren newspaper.

He then got in touch with professors at Uppsala University, one of Sweden's top institutions, to ask them to check his work.

After going through his notebooks, the professors found his work was indeed correct and offered him a place in Uppsala.

But for now, Altoumaimi is focusing on his school studies and plans to take summer classes in advanced mathematics and physics this year.

"I wanted to be a researcher in physics or mathematics; I really like those subjects. But I have to improve in English and social sciences," he told the Falu Kuriren.

Thursday, May 14

Bulan April yg Sepi

Seperti yang dijangka. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang peninggalan antara Mac-April-Mei 2009. Jika nak diperinci, memanglah tiada daya. Hanya DIA yang Maha tahu apa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi.

Daripada Isu Agama, Politik, Peperangan, Keselamatan, Kesihatan dan sukan serta pelbagai lagi....banyak yang diperhati dengan mata. Tapi seberapa banyak yang mampu diperhati dengan hati, hanya mampu direnung sendiri.

* Anak-anak hendaklah tetap dengan Agama asal

* Perdana menteri baru Malaysia, dengan kabinet baru menyusul.Kekecohan DUN Perak dengan Menteri Besar bertukar ganti seperti 4x100 meter adanya. Sebelum itu Blog Saudara Nik M.Abduh Nik Aziz yang mencetus bahang Muktamar PAS ...kita tunggu pula keputusan Muktamar PAS di Taman Melewar. Ia juga bakal mencorak politik Malaysia seterusnya

* Selepas Palestin, Pakistan - Afghanistan pula menarik perhatian kini

* Tahanan ISA dibebaskan beramai-ramai. Mungkin kerana mereka-mereka tidak lagi mengancam negara Malaysia. Kes ragut semakin membarah sehingga mengorbankan nyawa ibu-ibu yang sedang Hamil : Al-Fatihah buat mangsa

* Isu kesihatan yang paling hangat di pasaran media massa apalagi? Selsema Khinzir....itu kali pertama didengari di Rancangan Berita+Iklan...keesokannya ditukar kepada selsema babi....antara perkataan paling alergi masyarakat Malaysia...eh...melayu khususnya. Sekarang nama paling sopan dan glamour Virus Influenza A (H1N1). Setakat ini Malaysia masih lagi imun....harap-harap tiada yang disapa H1N1 di Malaysia ini. Kemudian apanama.....eh macam nama Kapal dengan sijil pendaftaran Malaysia plak....wabak meningitis yang menyerang Melaka. Tapi bukan macam Portugis serang Melaka dahulu. Sebab Portugis tu nampak angkatannya. Wabak ni tau-tau rebah dibuatnya. Minta-minta dijauhkan.

* Final piala FA malaysia berakhir dengan tendangan penalti yang mana Pasukan Selangor menjadi JUARA. Bola sepak Eropah juga sedang mengakhiri musim mereka. Juara bagi liga-liga di negara-negara eropah seakan sudah menampilkan ukiran di Piala. Sepanyol dengan Barcelona @ Real Madrid, German dengan VfL Wolfsburg @ Bayern Munich, Italy dengan Inter Milan, England dengan Manchester United @ Liverpool, Perancis dengan Marseille @ Bordeaux. Apa yang pasti "kaki bola" pasti menanti tarikh 27 May 2009.

Sekiranya kita menoleh kebelakang pastinya terasa banyak yang telahpun kita lalui samada penuh dengan kerugian atau menguntungkan.Diri kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Jika kita cuba merenung perkara dihadapan, pastinya ada yang penuh semangat memadam kesilapan lampau namun ramai juga yang seriau dengan dukacita yang lebih hebat melanda. Pasrah juga membawa maksud berserah maka usaha dan tawakkal.

Amin.

Monday, March 23

Banyak Yang Bakal Berlaku


Perhimpunan Agung UMNO yang sepatutnya berlangsung pada November 2008 hanya akan berlangsung Selasa ini ( 24 Mac 2009 ). Ianya padat dengan pelbagai agenda yang telah diatur sebagai gerak kerja bagi melancarkan perjalanan persidangan tahunan di samping pemilihan yang akan berlangsung dua hari kemudian.

Persidangan akan dimulakan dengan majlis tertutup Taklimat Presiden pada hari pertama persidangan dengan dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta para perwakilan dari Bahagian-bahagian.

Tiga usul akan dibahaskan dalam Persudangan UMNO kali ini, iaitu:
• Ucapan Dasar Presiden
• Ekonomi
• Agama dan Pendidikan

Berikut adalah atur cara majlis:

24 Mac (Selasa) – Pendaftaran Perwakilan (9.00 Pagi)

- Majlis Taklimat Presiden (Tertutup)
- Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri (8.00 malam)

25 Mac (Rabu) – Persidangan Wanita, Pemuda, Puteri

- Proses Pengundian Wanita, Pemuda, Puteri
- Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas
- Pengumuman keputusan pengundian Wanita, Pemuda, Puteri

26 Mac (Khamis) - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008

- Proses pengundian untuk pemilihan UMNO
- Jamuan “Jasamu Dikenang”
- Pengumuman keputusan pengundian (jangka 10 malam)

27 Mac (Jumaat) – Perbahasan (tempoh perbahasan dipanjangkan hingga ke malam)
28 Mac (Sabtu) - penggulungan & penangguhan (berakhir jam 1.00 tgh)

1. JUMLAH CALON BERTANDING

• Jawatan Majlis Tertinggi – 63 orang
o Pengerusi Tetap – calon 2 orang (1)
o Timbalan Presiden – calon 2 orang (1)
o Naib Presiden – calon 8 orang (3)
o Ahli Majlis Tertinggi – calon 50 orang(25)

• Pergerakan Wanita UMNO
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 4 (1)
- Ketua Wanita – calon 2 (1)
- AJK – calon 49 (20)

• Pergerakan Pemuda UMNO
- Pengerusi Tetap – calon 2 (1)
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 6 (1)
- Ketua Pemuda – calon 3 orang (1)
- Naib Ketua Pemuda – calon 2 orang (1)
- AJK – calon 64 (20)

• Pergerakan Puteri UMNO
- Pengerusi Tetap – calon 2 (1)
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 3 (1)
- Ketua Puteri – calon 6 (1)
- Naib Ketua Puteri – calon 4 (1)
- AJK – calon 53 (20)

Seperti biasa rakyat Malaysia akan disajikan dengan suara-suara perwakilan untuk membahaskan pelbagai perkara yang berkisar hak dan kepentingan orang Melayu di bumi Malaysia. Namun banyak juga perkara yang dinantikan oleh ahli UMNO iaitu pendokong dan penyokong UMNO, apa yang bakal berlaku pada parti orang Melayu seterusnya dalam menempuhi tahun 2009 dan seterusnya. Apakah bakal berlaku dalam sejarah, Presiden UMNO tidak diamanahkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.Apakah persidangan ini akan membuka jalan bergabungnya 2 parti orang Melayu, UMNO dan PAS kembali menyatu?

Sebelum persidangan bermula pun, sudah banyak yang berlaku dan dijangka akan berlaku. Larangan bertanding walaupun sudah cukup pencalonan, akibat daripada salahlaku dan sebagainya. Amaran boikot oleh wartawan daripada memberikan liputan sepanjang perhimpunan kali ini. Cadangan penangguhan oleh beberapa orang perwakilan dan ahli UMNO ( lihat : http://www.malaysiakini.com/news/100811 ) . Tiada lagi siaran langsung berjam-jam dibenarkan ( lihat : http://umno-online.com/?p=826 )

Saturday, March 21

Kenapa peduli 'Allah Peduli' Agnes Monica saja?

Oleh;
H Fansuri

Petikan Harakahdaily.net

"Aku pernah datang konsert Agnes Monica malam tu," kata seorang teman. Ketika itu kami sedang rancak berbual kosong di Devi's Corner di Bangsar sekitar jam 2 ke 3 pagi.

Tiba-tiba Agnes Monica berkata, "..Yesus Kristus!" dan semua orang yang hadir terdiam seketika. Begitu teman saya itu berceria. Saya tidak pasti apakah yang disebut oleh Agnes. Mungkin salam dari Yesus Kristus atau lain-lain ucapan yang biasa diucapkan oleh penganut Kristian. Bualan itu tercetus kerana mata kami tertancap pada sekeping poster yang menampilkan susuk tubuh Agnes Monica dalam 'pose' yang mengiurkan dan mengghairahkan. Poster iklan itu ditampal pada dinding kedai mamak 24 jam tersebut.

Iklan itu menunjukkan bahawa Agnes Monica akan hadir pada suatu tarikh di Stadium Merdeka kalau tidak salah ingatan saya lagi. Dia hadir bersama siapa? Adakah itu hanya persembahan solo? Siapakah penganjurnya? Saya sudah lupa.

Bagi mereka yang belum tahu, penyanyi muda yang kian laris di Malaysia bagaikan pisang goreng itu mula terkenal lewat lagunya Tak Ada Logika. Lagu itu acapkali diputarkan sehingga melonjakkan namanya ke pentas seni hiburan negara. Klip video Tak Ada Logika sememangnya 'hot', bak kata anak-anak muda.

Nasib tidak menyebelahi Julia Perez (singkatannya Jupe), penyanyi dangdut yang juga memang panas lewat lagunya 'Belah Duren'. Tanya saja kepada Syekh YouTube tentang judul lagu tersebut dan anda boleh buat penilaian sendiri samada klip video itu panas atau pun tidak.

Kemarau seni hiburan bercitra Islami, dimendungkan oleh kebanjiran drama sinetron dan longgokan klip video Indonesia yang meresahkan kita. Jika pun ada kehadiran seni hiburan Islam dari Tanah Seberang itu, nescaya ia bukan dalam pakej yang boleh membanggakan, kerana jumlah dan edarannya terlalu sedikit dan terhad pula.

"Eh! Kau baik-baik sikit Joni.." demikian saya cuba kendurkan ketegangan yang kian berombak di dadanya. "Apa buktinya Agnes Monica cakap begitu? Aku nak Pakatan Rakyat bawa usul agar setiap rakyat diwajibkan ambil insuran mulut lepas ni."

"Betul apa?" Joni cuma tertawa. "Tapi, kalau kau tak percaya.. ya terserah.."

Dan.. kisah itu berlalu begitu sahaja tanpa ada apa-apa yang berlaku selepas itu. Memang tabiat saya, kalau berlaku di depan mata, barulah saya berani bersuara. Islam mengajar kita bertindak begitu.

Hadis nabi menyebutkan, "Mereka yang 'melihat' kemungkaran, maka hendaklah dicegah dengan tangan, lidah dan hati." Itu cerita mata. Jadi, dalam 'fatwa' peribadi saya, kalaulah kita cuma mendengar (pastinya dengan telinga) tapi tak melihatnya (pastinya dengan mata) maka kita tidak diwajibkan bertindak dengan tangan, lidah dan hati.

Tapi, masalahnya.. ada ayat al-Quran yang menyebutkan dalam surah al-Hujurat, "Hai orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang fasiq dengan membawa suatu berita perkhabaran, maka hendaklah kamu siasat kebenarannya.."

Maka dalam kes saya, mulanya saya mendapat maklumat melalui kaedah pertama; mendengar. Maka tidak boleh bertindak lagi dalam keadaan begini. Kita mesti siasat dan sudah tentulah penyiasatan itu melibatkan pandangan mata.

Jadi, selepas jelas pada penglihatan mata, maka baru kita boleh bertindak mengikut kaedah tangan, lidah atau hati. Dan hal pemilihan sama ada tangan, lidah atau hati itu tergantung pula kepada taraf kedudukan kita.

Yang ada kuasa, tentu menggunakan tangan, yang ada lidah untuk bersuara tentulah menyuarakan ketidakadilan itu atau menulis bagi menyebarkan dan menyedarkan orang-ramai. Paling rendah ialah berdoa dalam hati, sebagai cara mengubah hal yang tidak betul itu.

Lagu diharamkan?

Alkisahnya, baru-baru ini, selepas isu penggunaan nama Allah berkumandang semula akibat sebuah bahan bercetak menyiar lafaz kalimah Allah, maka timbul desas-desus berhubung Agnes Monica pula.

Terkini.. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meminta supaya lagu Agnes Monica yang berjudul 'Allah Peduli' diharamkan.

MAIS Mahu Lagu Agnes Monica Diharamkan

SHAH ALAM, 13 Mac (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu agar tindakan diambil mengharamkan sebuah lagu Indonesia berjudul "Allah Peduli" kerana liriknya antara lain menyebut "..sebab Allah Yesusku mengerti."

Pengerusi Mais Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata walaupun beliau belum pernah mendengar lagu itu, tindakan mengharamkannya wajar diambil memandangkan ia menyentuh sensitiviti yang membabitkan soal agama.

"Kita umat Islam dalam perakuan kepercayaan kepada Allah yang maksudnya tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, jelas mengakui Allah itu Esa, maka larangan penggunaan Allah oleh agama selain Islam adalah untuk mengelak kekeliruan di kalangan orang Islam," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai lagu berkenaan nyanyian penyanyi Indonesia, Agnes Monica. Dalam lagu berkenaan, perkataan Allah diulang beberapa kali manakala perkataan 'sebab Allah Yesus ku mengerti' kedengaran pada bahagian akhir lagu selama tiga minit 40 saat itu.

"Ada sesetengah dari kita yang tidak faham dengan kandungan lirik dan membuta tuli ikut menyanyi. Lirik ini secara senyap memesong keimanan dan akidah," kata Mohamad Adzib.

Beliau berkata Mais akan mengambil tindakan mengharamkan lagu itu serta menarik semua edaran album yang mengandungi lagu berkenaan sebaik kajian dan penelitian dibuat.

"Kita minta pihak yang berkenaan di peringkat kerajaan pusat turut memantau isu lirik lagu ini dan mengambil langkah sewajarnya demi memelihara kesucian agama Islam," katanya.

Rasanya saya boleh faham kenapa lembaga agama seperti Mais mahu haramkan lagu 'Allah Peduli' itu berbanding lagu-lagu lain yang tak kalah unsur kebatilannya. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada lembaga agama yang peka, prihatin dan peduli terhadap isu-isu yang menyentuh akidah seperti ini.

Saya sokong langkah Mais 300 peratus dengan beberapa pertanyaan dan sedikit komentar. Adalah menjadi harapan saya agar pihak jabatan agama tidak marahkan saya dengan pertanyaan dan komentar sebegini.

Pertamanya sebelum saya menyorot pandangan dan komentar peribadi, izinkan saya kepilkan lirik lagu 'Allah Peduli' itu di bawah ini. Saya berbuat begini kerana, menurut Pengerusi Mais, beliau sendiri belum pernah mendengar lagu itu.

ALLAH PEDULI

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yang kita hadapi
Tak akan pernah di biarkannya ku bergumul sendiri

Sbab Allah Yesus ku mengerti

Mereka yang mahu menonton klip video berjudul Allah Peduli, sila rujuk
http://www.youtube.com/watch?v=-x_0ChywET8

Harus diakui masyarakat kita masih ortodoks dalam beberapa segi. Di Indonesia, memang sudah terbiasa penggunaan lafaz 'Allah' bagi penganut Kristen Katolik. (Malah, saya dengar, Muslimin di sana juga tidak sukakan pernikahan berbeza agama ini. Tetapi, undang-undang negara telah membenarkan pernikahan antara dua agama itu dilaksanakan.)

Ketika berlaku gempa bumi di Jogjakarta tak lama dulu, saya dikirim ke sana bersama Yayasan Amal PAS untuk liputan. Di sebuah desa mundur, kami langsung terkejut juga apabila melihat terbentangnya suatu kawasan kubur di mana kubur orang Islam dan Kristian sebelah-menyebelah dalam suatu kawasan.

"Si suami Muslim dan di situ isterinya yang beragama Kristen Katolik," kata seorang pemuda ketika membawa kami berjalan-jalan sekitar kampung. Penduduknya tidak ramai. Sukar melihat penduduk yang memakai kasut. Rata-rata mereka berkaki ayam sahaja. Memang mereka terbiasa dengan kehidupan sebegitu agaknya.

Maka penggunaan nama Allah adalah lafaz biasa. Saya mendapat tahu bahawa di Mesir, ada mazhab Arab Kristian yang juga menggunakan kalimah Allah dalam khutbah agama. Ini lumrah biasa bagi masyarakat Arab Islam di Mesir walaupun sesekali ketegangan agama memuncak sesama mereka.

Jika kita menonton filem komedi Mesir, Hasan wa Morcos, tentulah kita sedikit sebanyak faham mengenai hal ini. Pendek kata, ada baiknya masyarakat kita jadi ortodoks pemikirannya buat sementara waktu walaupun hati saya resah melihatkan keadaan ini.

"Berkahwin dengan ahli kitab itu sah dan ia bertujuan mengembangkan dakwah walaupun kita pun tahu bahawa rata-rata orang Melayu Islam kita mahu nikah dengan Minah Salleh, bukan atas alasan dakwah pun," kata saya kepada Joni.

Joni ketawa berdekah-dekah lantas mengasak pertanyaan, "Walaupun nanti ada kemungkinan anak kita berpindah agama?"

Ini yang susahnya. Saya mengharapkan supaya wujudnya satu saf pemuda yang akan menikahi gadis-gadis Melayu yang telah memeluk Kristian. Itulah sebabnya kenapa saya meminta agar negara mempertimbang hal itu. Saya sebutkan hal ini kerana saya ambil peduli tentang urusan kehidupan beragama rakyat Malaysia hari ini.

Dan, atas sebab itu juga saya rasa ada 'bagusnya' masyarakat kita masih lagi ortodoks. Saya boleh menjawab pertanyaan khalayak dengan bantuan Allah, tapi akhbar kita tidak menyediakan ruang wacana yang sihat, ahli-ahli agama masih lagi takut-takut mahu bersuara menyatakan pendirian tersendiri melainkan memutar kembali fatwa klasik, dan mengitar semula qaul-qaul lama daripada imam mazhab terdahulu.

Sebagai contoh.. mari kita renungkan kembali kes lagu Agnes Monica yang dibahaskan mengenai lagunya Allah Peduli itu. Kalau kita teliti, banyak lagu-lagunya yang 'hit' juga. Lagu Allah Peduli tidak termasuk dalam lagu-lagu hit. Stesen penyiaran radio seperti Hot FM, Suria FM, Era dan lain-lainnya agak mustahil memutarkan lagu tersebut.

Mereka akan putarkan lagu-lagu kegemaran anak muda. Peranan deejay radio sendiri amat besar. Jika deejay sukakan lagu itu, nescaya diputarkannya kerana lagu itu dianggap sebagai lagu kegemaran para pendengar juga. Makin ramai pendengar radio itu, maka makin banyaklah iklan yang akan 'masyuk'. Inilah resam perniagaan.

Lagu Allah Peduli itu bukanlah termasuk dalam kategori jenis lagu yang sedap didengar seperti sesetengah lagu nasyid keagamaan pada zaman-zaman dahulu, kecualilah nasyid kontemporari Raihan, Hijjaz dan sebagainya.

Perlu diingat juga bahawa penggiat nasyid kontemporari ini adalah lulusan 'madrasah' nasyid al-Arqam sebelum kumpulan dakwah itu diharamkan gerakannya. Kehadiran kumpulan inilah yang mencetuskan fenomena nasyid kontemporari negara yang kemudiannya diikuti kumpulan nasyid lain.

Anak-anak muda kita akan menyanyikan lagu yang rentaknya rancak, seronok didengar seperti lagu Agnes Monica yang lain seperti lagu 'Matahariku' yang menjadi lagu tema sinetron Jelita di TV3.

Klip video 'Matahariku' itu kenapa tidak diharamkan?

Barangkali, lagu 'Matahariku' itulah antara lagu-lagu Agnes Monica yang tidak mengelirukan pendengar.

Ah! Tapi, kalau lagu itu mengundang kekeliruan pendengar pun, anak-anak muda termasuk orang dewasa tetap akan menyanyikannya termasuk saya sendiri. Dalam kes lagu 'Matahariku', ia adalah lagu hit selepas lagu Tak Ada Logika.

Diakui, saya sendiri pun sukar menangkap maksud pengertian 'Sbab Allah Yesus ku mengerti' sebagai yang tertulis dalam rangkap lagu 'Allah Peduli' itu. Malam ini, saya sedang menonton filem Superman Returns di TV2. Baru saya nampak juga pertalian Kal-El (clark Kent @ Superman @ Hercules) dengan Jor-El (bapa Superman @ Zeus?)

Ingatan saya terhimbau kepada persamaan watak-watak Isa bin Maryam (Yesus Kristus) dengan Tuhan yang berada di dalam syurga, Uzair (Ezra) yang didakwa anak Tuhan, dan Iskandar Zulkarnain (Alexander The Great) yang ayahnya disifatkan sebagai Dewa Matahari.

Apakah semua watak-watak rekaan ini dihubungkaitkan dengan Hercules anak Dewa Zeus iaitu ketua segala dewa yang mengisi kepercayaan Yunani kuno?

Aduh! Betul juga. Pening betul mahu memahami maksud 'Sbab Allah Yesus ku mengerti' ini. Lebih mudah kalau menyanyikan lagu Matahariku, dendangan Agnes Monica. Siapalah yang menulis lirik lagu Allah Peduli itu pun saya kurang pasti.

Lagu Matahariku senang difahami sehinggakan, jika klip video Matahariku itu ditayangkan di TV3, saya sanggup berhenti mengarang demi menghayati keindahan lirik dan lagunya termasuk menghayati bentuk susuk tubuh Anges Monica yang sedang berkemban saat menyanyikan lagu Matahariku itu.

Tetapi, siapakah yang peduli kepada soal mahu mengharamkan klip video itu daripada terus disiarkan di televisyen? Ada ramai orang yang lebih peduli kepada lagu Allah Peduli berbanding 'Matahariku' yang menampakkan putih ketiak penyanyi itu. Lagu Allah Peduli bercorak keagamaan. Mungkin Agnes lebih peduli soal adab sopan saat menyanyikan lagu itu.

Saya ini masih bujang lajang. Tiada siapa yang berani peduli dalam mempertikai estetika, citarasa, selera saya kepada Agnes Monica. Lelaki kita bebas menyatakan pendirian tentang selera dan citarasanya ke atas wanita Mongolia, Kemboja, Korea, China dan lainnya. Yang salah ialah, tindakan membunuh dengan meledakkan tubuh wanita dengan C4. Itu saja.

Syahadan.. siapa yang peduli sangat untuk mengharamkan penyiaran iklan produk Silky Girl berharga RM1.50 yang siarkan tubuh halus mulus para gadis muda bergetah yang terjelir-jelir lidahnya dari Afrika, United Kingdom, Amerika, Serani, China itu? Tiada siapa peduli barangkali dan kita lebih peduli untuk mengharamkan lagu 'Allah Peduli' sahaja.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Mais lantaran sikap mereka yang peduli mengenai lirik lagu Allah Peduli walau pun mereka belum pernah lagi mendengar lagu tersebut. (Demikian menurut kenyataan dalam laporan berita itu).

Syahadan wal arakian.. akhir pertanyaan peribadi, siapakah yang ambil peduli kehadiran lagu Allah Peduli itu sehingga sanggup tampil kehadapan untuk memberitahu pihak lembaga agama Islam mengenai lagu itu?

Sekalung tahniah, penghargaan terhadap kepedulian anda. Anda menyebabkan lembaga agama bekerja dan ambil peduli hal lagu. Sekian terima kasih..:)

9:00 p.m, 14 Mac

Sekolah Pemikiran Kg Baru

Anda boleh kirimkan kepedulian anda berhubung isu ini termasuk isu-isu lainnya lewat mel-e ibnuamir@yahoo.com.

Friday, March 20

Raja Berpelembagaan

Berikut merupakan senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia. Terlalu banyak isu mengenai Raja-Raja Melayu disebut-sebut sejak muthakir ini, yang dibincang dan diperkatakan daripada golongan pemerintah, ahli Menteri kerajaan, pembesar-pembesar pembangkang, rakyat biasa, suri rumah, anak-anak sekolah, tetapi masih ramai yang tidak mahu membincangkan fakta mengenai Raja Berpelembagaan ini termasuklah Yang Di-Pertuan Agong Malaysia yang pernah dipertanggungjawabkan untuk menerajui sebuah Negara bernama MALAYSIA


YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960




YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 - 1 September 1960



YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965



YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970



YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975



YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979



YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984



YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989



YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994



YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999



YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001



YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 - 12 Dec 2006



YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGABELAS (KINI)
Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah
Negeri: Terengganu
Tempoh: 12 Dec 2006 - kini

RUKUN NEGARA


BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
  • mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
  • memelihara satu cara hidup demokratik ;
  • mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
  • menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
  • membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

PENJELASAN PRINSIP RUKUN NEGARA

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Tuesday, March 17

Lahirnya bicara tanpa suara

Setelah sekian lama hanya menjenguk dan memerhati paparan cebisan hati manusia lain,akhirnya tertewas juga aku untuk mencuba keasyikan dunia yang terbuka.Berdoalah agar aku tidak bisa tergoda dengan keindahannya.Bukan segalanya negatif yang dipapar didunia maya. Banyak juga positif yang mampu ditimba. Terpulanglah cara kita mengendalikan mengikut arahnya nafsu. Segala setiap sesuatu itu ada baik ada buruknya. Cuma apakah yang paling ketara, manfaat atau mudharat.