Thursday, May 14

Bulan April yg Sepi

Seperti yang dijangka. Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang peninggalan antara Mac-April-Mei 2009. Jika nak diperinci, memanglah tiada daya. Hanya DIA yang Maha tahu apa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan bakal terjadi.

Daripada Isu Agama, Politik, Peperangan, Keselamatan, Kesihatan dan sukan serta pelbagai lagi....banyak yang diperhati dengan mata. Tapi seberapa banyak yang mampu diperhati dengan hati, hanya mampu direnung sendiri.

* Anak-anak hendaklah tetap dengan Agama asal

* Perdana menteri baru Malaysia, dengan kabinet baru menyusul.Kekecohan DUN Perak dengan Menteri Besar bertukar ganti seperti 4x100 meter adanya. Sebelum itu Blog Saudara Nik M.Abduh Nik Aziz yang mencetus bahang Muktamar PAS ...kita tunggu pula keputusan Muktamar PAS di Taman Melewar. Ia juga bakal mencorak politik Malaysia seterusnya

* Selepas Palestin, Pakistan - Afghanistan pula menarik perhatian kini

* Tahanan ISA dibebaskan beramai-ramai. Mungkin kerana mereka-mereka tidak lagi mengancam negara Malaysia. Kes ragut semakin membarah sehingga mengorbankan nyawa ibu-ibu yang sedang Hamil : Al-Fatihah buat mangsa

* Isu kesihatan yang paling hangat di pasaran media massa apalagi? Selsema Khinzir....itu kali pertama didengari di Rancangan Berita+Iklan...keesokannya ditukar kepada selsema babi....antara perkataan paling alergi masyarakat Malaysia...eh...melayu khususnya. Sekarang nama paling sopan dan glamour Virus Influenza A (H1N1). Setakat ini Malaysia masih lagi imun....harap-harap tiada yang disapa H1N1 di Malaysia ini. Kemudian apanama.....eh macam nama Kapal dengan sijil pendaftaran Malaysia plak....wabak meningitis yang menyerang Melaka. Tapi bukan macam Portugis serang Melaka dahulu. Sebab Portugis tu nampak angkatannya. Wabak ni tau-tau rebah dibuatnya. Minta-minta dijauhkan.

* Final piala FA malaysia berakhir dengan tendangan penalti yang mana Pasukan Selangor menjadi JUARA. Bola sepak Eropah juga sedang mengakhiri musim mereka. Juara bagi liga-liga di negara-negara eropah seakan sudah menampilkan ukiran di Piala. Sepanyol dengan Barcelona @ Real Madrid, German dengan VfL Wolfsburg @ Bayern Munich, Italy dengan Inter Milan, England dengan Manchester United @ Liverpool, Perancis dengan Marseille @ Bordeaux. Apa yang pasti "kaki bola" pasti menanti tarikh 27 May 2009.

Sekiranya kita menoleh kebelakang pastinya terasa banyak yang telahpun kita lalui samada penuh dengan kerugian atau menguntungkan.Diri kita, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Jika kita cuba merenung perkara dihadapan, pastinya ada yang penuh semangat memadam kesilapan lampau namun ramai juga yang seriau dengan dukacita yang lebih hebat melanda. Pasrah juga membawa maksud berserah maka usaha dan tawakkal.

Amin.

No comments:

Post a Comment