Monday, March 23

Banyak Yang Bakal Berlaku


Perhimpunan Agung UMNO yang sepatutnya berlangsung pada November 2008 hanya akan berlangsung Selasa ini ( 24 Mac 2009 ). Ianya padat dengan pelbagai agenda yang telah diatur sebagai gerak kerja bagi melancarkan perjalanan persidangan tahunan di samping pemilihan yang akan berlangsung dua hari kemudian.

Persidangan akan dimulakan dengan majlis tertutup Taklimat Presiden pada hari pertama persidangan dengan dihadiri oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta para perwakilan dari Bahagian-bahagian.

Tiga usul akan dibahaskan dalam Persudangan UMNO kali ini, iaitu:
• Ucapan Dasar Presiden
• Ekonomi
• Agama dan Pendidikan

Berikut adalah atur cara majlis:

24 Mac (Selasa) – Pendaftaran Perwakilan (9.00 Pagi)

- Majlis Taklimat Presiden (Tertutup)
- Perasmian Wanita, Pemuda, Puteri (8.00 malam)

25 Mac (Rabu) – Persidangan Wanita, Pemuda, Puteri

- Proses Pengundian Wanita, Pemuda, Puteri
- Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas
- Pengumuman keputusan pengundian Wanita, Pemuda, Puteri

26 Mac (Khamis) - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2008

- Proses pengundian untuk pemilihan UMNO
- Jamuan “Jasamu Dikenang”
- Pengumuman keputusan pengundian (jangka 10 malam)

27 Mac (Jumaat) – Perbahasan (tempoh perbahasan dipanjangkan hingga ke malam)
28 Mac (Sabtu) - penggulungan & penangguhan (berakhir jam 1.00 tgh)

1. JUMLAH CALON BERTANDING

• Jawatan Majlis Tertinggi – 63 orang
o Pengerusi Tetap – calon 2 orang (1)
o Timbalan Presiden – calon 2 orang (1)
o Naib Presiden – calon 8 orang (3)
o Ahli Majlis Tertinggi – calon 50 orang(25)

• Pergerakan Wanita UMNO
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 4 (1)
- Ketua Wanita – calon 2 (1)
- AJK – calon 49 (20)

• Pergerakan Pemuda UMNO
- Pengerusi Tetap – calon 2 (1)
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 6 (1)
- Ketua Pemuda – calon 3 orang (1)
- Naib Ketua Pemuda – calon 2 orang (1)
- AJK – calon 64 (20)

• Pergerakan Puteri UMNO
- Pengerusi Tetap – calon 2 (1)
- Timbalan Pengerusi Tetap – calon 3 (1)
- Ketua Puteri – calon 6 (1)
- Naib Ketua Puteri – calon 4 (1)
- AJK – calon 53 (20)

Seperti biasa rakyat Malaysia akan disajikan dengan suara-suara perwakilan untuk membahaskan pelbagai perkara yang berkisar hak dan kepentingan orang Melayu di bumi Malaysia. Namun banyak juga perkara yang dinantikan oleh ahli UMNO iaitu pendokong dan penyokong UMNO, apa yang bakal berlaku pada parti orang Melayu seterusnya dalam menempuhi tahun 2009 dan seterusnya. Apakah bakal berlaku dalam sejarah, Presiden UMNO tidak diamanahkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.Apakah persidangan ini akan membuka jalan bergabungnya 2 parti orang Melayu, UMNO dan PAS kembali menyatu?

Sebelum persidangan bermula pun, sudah banyak yang berlaku dan dijangka akan berlaku. Larangan bertanding walaupun sudah cukup pencalonan, akibat daripada salahlaku dan sebagainya. Amaran boikot oleh wartawan daripada memberikan liputan sepanjang perhimpunan kali ini. Cadangan penangguhan oleh beberapa orang perwakilan dan ahli UMNO ( lihat : http://www.malaysiakini.com/news/100811 ) . Tiada lagi siaran langsung berjam-jam dibenarkan ( lihat : http://umno-online.com/?p=826 )

No comments:

Post a Comment