Monday, September 13

Labih menarik dari yang tadi.........

Ini semua aku dapat masa menghabiskan masa aku menjelang 3 Syawal sementara menunggu perkhabaran terkini kehilangan 4 orang yang hilang semenjak 10 akhir Ramadhan.

Sepertimana tak rajin aku nak baca.....begitulah juga tak rajin aku nak menaip semula.
bg link je pun dh kira ok....baca la sendri....fikir la sendri

link 1:
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=527496

link 2:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pendapatansetarafnilaibakat/Article

Adakah ini semua tanda² PRU semakin hampir.
Apapun kena tunggu pembentangan Belanjawan bulan Oktober ni...mungkin ada petunjuk baru PRU (bonus+kenaikan gaji Kakitangan Awam / kenaikan pencen)

Rutin Syawal....

Syawal tahun ini agak biasa, walaupun telah mendapat gula² dari Pemerintah Malaysia (PM). Rutin syawal agak janggal....pertama kali Solat Sunat Eidul Fitri di kampung mertua. Walaupun jarak perjalanan berkenderaan (tanpa traffic jammed) cuma sekitar 15minit. Hujan turun menyambut syawal dikebanyakan tempat.

Pertama kali juga tahun ni tak masuk rumah mantan pak lurah, waktu rombongan dah masuk rumah mantan pak lurah.....perut aku pula minta diberi perhatian. Seterusnya rutin kembali normal sehingga la tengahari, menunaikan solat Jumaat yang aku pasti dimana-mana masjid pun pasti keadaan Solat Jumaat ni, kurang jemaahnya berbanding Solat Sunat Eidul Fitri sebelumnya....entah kemana hilang para jemaah itu aku kurang pasti.

Seusai Solat Jumaat bersiap kembali ke kampung halaman keluarga mertua. Seterusnya kembali normal rutin 1 hingga 2 syawal aku setiap tahun. Tiada banyak perubahan...cuma aturan kunjungan jadi agak kelam kabut. Tapi semua tu biasa sahaja...kemahuan orang tua perlu la patuh terutama kala bulan keberkatan ini.

Menjelang 3 Syawal sudah kembali ke sarang beradu seperti sedia kala. Maka rutin pun kembali sediakala.......cuma ada yang menarik pada tanggal 3 syawal 1431h ini. Perhatikan sahaja gambar² di bawah ;






Wednesday, September 1

Friday, August 20

Fasa Kedua Ramadhan

Kita semakin menghampiri fasa yang kedua dalam Madrasah Ramadhan. Kerahmatan Allah s.w.t mohon dianugerahkan kepada kita yang benar-benar dapat menghayati Ramadhan dengan sebenarnya. Segala kekuranga dalam tempoh 10 hari di awal Ramadhan yang mejanjikan Rahmat dari-Nya harap dapat ditampung dalam fasa seterusnya dalam Madrasah Ramadhan ini

Fasa seterusnya menjanjikan penghapusan dosa atau Maghfirah daripada Illahi. Semoga kita dapat diberi anugerah menjalani ibadah Ramadhan dengan sebenar-benar pengibadatan kepada-Nya lantas dianugerakan dengan Rahmat da pengampunan-Nya


Tuesday, August 10

Ramadhan Kareem.....Marhaban

Ketibaan Ramadhan sangat pasti. Sya'aban dan fadhilatnya telah pun berlalu. Menjadi harapan setiap muslim dapat meningkat amal dan ibadat sesempurna mungkin. Bukan sebanyak mungkin....apa yang lebih penting adalah sesempurna seperti pesanan Baginda s.a.w.

Medan Ramadhan kebelakangan di tanah air sudah menjadi suatu fiesta yang dinanti, bukan setakat Muslimin....bahkan buat non-Muslim sama. Ini kerana inilah waktu para muslimin membelanjakan kewangan mereka lebih daripada kebiasaan. Jadi singkaplah perintah sebenar dalam Ramadhan. ر م ض membawa maksud panas (kepanasan). Apa yang boleh difahami, ketika Ramadhan ini adalah masa untuk kita membakar dosa² yang dilakukan terdahulu. "Permulaan Ramadhan itu adalah Rahmat, pertengahannya adalah keampunan (Maghrifah) dan diakhirnya adalah kebebasan dari seksaan api neraka"

"Ya Allah, Jadikanlah ibadah puasaku, puasa orang yang benar-benar berpuasa. Ibadah malamku, ibadah orang yang mengerjakan ibadah, dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekelian alam, dan ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Pengampun segala dosa"

أمين يا ربّ العالمين

Monday, July 19

Sakit & Masih Hidup

Rebutlah 5 perkara sebelum 5 perkara, yang mana antaranya sihat sebelum sakit. Bila sakit inilah masanya kita gunakan cuba taqarrub pada-Nya. Apabila sihat selalunya kita alpa.

Pada kemeriahan melayan kerenah pewaris bangsa....demi merasakan kebersamaan, nasib tidak menyebelahi. Namun masih mampu tersenyum dan cuba meriyakkan kegagahan. Belum pernah tersangka begitu rupa rasa parah pabila nikmat berjalan disentap. Mujur masih mampu bertapak. Cuma laksana enggan berpijak di bumi nyata.

Walauapapun, aku puas berbakti. Buat anak bangsa sendiri. Bukan untuk dihormati dihargai. Cukup sekadar mereka ketemu jati diri. Buat diri sendiri itu adalah motivasi diri. Menjadi semarak hidup selepas mati. Jadikanlah sakit sekadar penyeri hidup. Jauhkan sakit yang membelenggu hidup. Hadirlah kesihatan sediakala kerana masih hidup.

Thursday, July 15

Subsidi bahan api dan gula dikurangkan


Akhirnya pihak kerajaan Malaysia dibawah pemerihan DS Najib Razak dengan berat hati telah bersetuju dan mengambil keputusan untuk mengurangkan subsidi bagi beberapa bahan di Malaysia. Ini bagi membolehkan rakyat Malaysia semuanya tanpa mengira bangsa dan usia dapat berusaha dengan lebih gigih untuk berdikari tanpa perlu mengharapkan bantuan dari kerajaan yang berbentuk subsidi ini.

Berikut adalah senarai bahan api dan gula yang berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
  • Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
  • Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
  • Diesel - RM1.75 seliter.
  • Gula - RM1.70 sekilogram
  • Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:

  • Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
  • Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
  • Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Syabas kepada PM Malaysia DS Najib Razak kerana sedang berusaha untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa subsidi bukanlah untuk selamanya. Negara bakal muflis oleh kerana subsidi. RM 7.8 billion disalurkan untuk tahun ini. Apabila pengurangkan subsidi ini kerajaan DS Najib Razak dapat berjimat sebanyak RM750 juta.

Tuesday, July 13

Oh..Sya'aban datang lagi...

Setelah setahun ruang ini di'sepi'kan....entah mengapa, tiba-tiba punya rasa ingin mengisi kekosongan ruang ini. Sepanjang masa setahun menyepi itu banyak sudah yg dilalui, terutama perubahan-perubahan dalam rutin sehari-hari. Apa yang sangat diharapkan masa muka nanti yang bakal dihadapi akan menjadi lebih baik dan terus baik. Amin Ya Rabb.....

Banyak perkara yang telah berlaku, mungkin banyak juga ruang yang diperlukan untuk dipaparkan diruangan ini. Banyak juga masa yang akan diperuntukkan. Sekiranya perkara sepanjang setahun untuk dinyatakan dalam satu masa ianya akan menjadi beban yang tersangat. Begitulah dengan perihal yang lainnya di dunia. Jika hendak laksana sesuatu pekerjaan yang banyak ( tertangguh ) dalam satu-satu masa, ianya akan menjadi beban yang berat. Oleh itu, aku biarkan perkara setahun itu hanya berlegar di memori. Tidak semua perlu diingati. Tidak semua perlu dikongsi.

Semoga ada ruang yang lebih untuk dipaparkan diruangan ini nanti di kemudian hari. Apapun yang akan dipapar kelak moga-moga jadi Sesuatu yang berguna buat diri, buat hati. Hidup untuk terus mencari.