Wednesday, August 21
Faqir
Terus buntu aku kaku
Minda beku tiada tuju
Bias waktu begitu cemburu
Aku lesu terdiam kelu
Begitu berlalu banyak terjadi
Buat tersenyum tawa bahgia
Terusik naluri aku kesali
Menaruh kuasa menggadai jiwa
Faqir aku
Tiada berdaya walau usaha
Menadah tangan kurang upaya
Berlinang jernih dihujung mata
Petanda kerdil raga hamba
Faqir aku
Mohon pada yang Kuasa
Mohon aman sesama manusia
Segajat sejahtera tiada sengketa
Syiar tertegak di atas dunia
Usah biarkan daku
Tetap Faqir
Saturday, June 1
Kongsi
Hidupnya manusia bukan sendiri
Berpadu ahli sahabat bestari
Usah risau untuk berkongi
Tiada luak dikikir budi
Mulakan dari sebutan huruf
Mengeja jadi satu kalimah
Tingkah bukan semata 'uruf
Bukti 'abdi untuk berserah
Apa jua dikau usaha
Hasil akhir tetapkan sama
Kalaupun tampak ia berbeda
Semua pasti menjadi hamba
Siaga langkahmu wahai budiman
Kita beriring tetap haluan
Segala usaha kita aturkan
Kembali kita kepada tuhan
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku"
(Adz –Dzariyat: 56)
012820130601
Sunday, March 31
Percaya
Terus membaca
Kerana aku percaya
Terus mendengar
Kerana aku percaya
Terus memerhati
Kerana aku percaya
Terus menulis
Kerana aku percaya
Terus berbicara
Kerana aku percaya
Aku yakin,
Perlunya aku terus percaya
Untuk melihat cahaya
Walau terkadang gelincir curiga
Mohon kembali thabit usaha
Aku tetap percaya
pada
DIA
003820130331
Subscribe to:
Posts (Atom)

