Saturday, June 1

Kongsi

 

Hidupnya manusia bukan sendiri 
Berpadu ahli sahabat bestari 
Usah risau untuk berkongi 
Tiada luak dikikir budi 

Mulakan dari sebutan huruf 
Mengeja jadi satu kalimah 
Tingkah bukan semata 'uruf 
Bukti 'abdi untuk berserah 

Apa jua dikau usaha 
Hasil akhir tetapkan sama 
Kalaupun tampak ia berbeda 
Semua pasti menjadi hamba 

Siaga langkahmu wahai budiman
Kita beriring tetap haluan
Segala usaha kita aturkan
Kembali kita kepada tuhan 

 "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan 
untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku" 
(Adz –Dzariyat: 56)

012820130601

Sunday, March 31

Percaya



Terus membaca
Kerana aku percaya

Terus mendengar
Kerana aku percaya

Terus memerhati
Kerana aku percaya

Terus menulis
Kerana aku percaya

Terus berbicara
Kerana aku percaya

Aku yakin, 
Perlunya aku terus percaya
Untuk melihat cahaya
Walau terkadang gelincir curiga
Mohon kembali thabit usaha 
Aku tetap percaya
pada
DIA

003820130331

Friday, January 11

Pesona


mula perhati teman sehala 
bangkit gelora sejuta alpa 
sekadar membenar hasil bicara 
bukti benarnya setiap rasa 

 menjadi sebutan dikau pesona 
 sekian jiwa kian meronta 
tingkah bukan hanya sengaja 
dititip mara secebis nota 

berbagi macam rasa curiga 
waspada diri bisikan durja 
walau benar terkalah jua 
hasil kata sekelian warga 

harap kasih ada sesama 
menyemai benih tulus segala 
biar DIA suluh gelita 
terlerai bebas pingitan rasa


023820130111